Skip to main content

Viral

‘Support’ Bisnes Online Abby Abadi, Fatin Afeefa Titip Kata Semangat - “Allah Tak Tidur & Nampak Semua…”

ASTROGEMPAK Fatin Afeefa

Sekilas

  • Kemelut keluarga Abby Abadi menjadi perhatian netizen selepas dia tidak hadir ke majlis doa selamat hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.
  • Fatin Afeefa tampil memberi sokongan dengan membeli barang Abby secara online dan menitipkan kata-kata semangat kepadanya.
  • Abby berkongsi pengalaman trauma yang dialaminya, manakala Marissa turut membuat kenyataan berkaitan isu tersebut.
Advertisement

Kemelut keluarga pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini. 

 

Advertisement

Tidak mencampuri urusan masalah peribadi Abby, bekas pelakon Fatin Afeefa bagaimanapun memberi sokongan kepada penyanyi itu dengan membeli barangannya secara online. 

 

Malah, Fatin yang juga seorang pempengaruh dan usahawan itu turut menitipkan kata-kata semangat buat Abby. 

Advertisement

 

“Dah order kakak! Allah tak tidur, dan Dia nampak semua pengorbanan. Kakak kuat, InsyaAllah everything will be okay,” tulis Fatin. 

 

Terdahulu, isu dipercayai tercetus apabila Abby dilihat tidak hadir ke majlis doa selamat hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania Hakim. 

 

Abby bagaimanapun memberitahu dia ada menerima jemputan namun tidak terasa untuk menghadiri majlis tersebut atas banyak sebab. 

 

Abby kemudian ada berkongsi trauma yang dialaminya selama ini dan Marissa juga ada membuat beberapa kenyataan berhubung isu yang berlaku. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Must Watch Video

Advertisement