Suudu
Ayam Masak Lemak, Menu Paling Lit Makan Tengah Hari
Menu masakan kampung sememangnya menjadi kegemaran ramai. Tak kira hidangan ayam, daging mahupun makanan laut, asal ada lauk kampung sahaja, mesti akan tambah nasi berkali-kali.
Dalam program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam, mereka berkongsi resipi mudah untuk menyediakan ayam masak lemak, sajian enak yang sesuai untuk makan tengah hari.
Ayam Masak Lemak
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong 12)
- 30 biji cili padi
- 2 inci kunyit
- 2 inci lengkuas
- 6 batang serai
- Daun kunyit
- 4 keping asam keping
- 1kg santan
- Garam
- 4 biji kentang
Cara memasak:
- Basuh ayam dengan limau dan garam.
- Masukkan ayam ke dalam periuk.
- Kisar kunyit, cili padi dan sedikit air. Curahkan ke dalam periuk yang berisi ayam.
- Kecutkan ayam dalam periuk.
- Bahagi serai kepada 2 bahagian, ketuk satu bahagian dan masukkan ke dalam periuk.
- Hiris lengkuas dan masukkan kedalam periuk. Tutup periuk untuk didihkan masakan.
- Masukkan kentang yang dipotong empat setiap satu dan tutup kembali periuk.
- Apabila mendidih, masukkan baki serai yang telah diketuk dan juga santan.
- Masukkan asam keping dan garam. Kacau, kemudian masukkan daun kunyit.
- Biarkan menggelegak dan tutup api.
- Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi minggu ini. Apa lagi masakan enak yang akan disediakan oleh Aunty Aini dan Adam Didam minggu depan? Jangan lupa saksikan program terbaharu, RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Must-Watch Video