Cakoi Thailand, 'Bucket List' Terbaru Dan Wajib Cuba Jika Ke Pulau Pinang
Hanafis Haris
18/07/2018 04:13 MYT
18/07/2018 04:13 MYT
Lain negeri lain cara makan dan persediaannya. Kadang kala namanya pun berbeza. Sama jugalah dengan makanan popular chakuey atau lebih dikenali sebagai cakoi.
Bagi kaum Cina, cakoi kebiasaannya dimakan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya dan antara yang popular pula adalah di Ipoh dan beberapa lokasi di Pulau Pinang.
Namun, baru-baru ini tular pula satu lokasi gerai cakoi yang membuatkan ramai netizen terliur melihat gambar dan video yang dimuat naik.
Menurut pemilik akaun Atiqahy Hashim, gerai The Best Chakuey Pandan ini terletak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Berdasarkan posting gadis ini, The Best Chakuey Pandan mungkin antara homemade cakoi paling sedap setakat ini. Menurutnya, gerai ini juga harus dimasukkan dalam senarai tempat makan wajib dikunjungi jika ke Pulau Pinang.
“Fresh made daily dan dimasak depan mata anda,” katanya di Facebook yang kini sudah menerima lebih 5 ribu perkongsian.
Menurutnya lagi, jenis cakoi ni antara kuih favourite di Thailand. Jika di sana, mereka memanggilnya sebagai pla thong kooo.
Lokasi gerai ini terletak bersebelahan Petronas Batu Feringgi dan dibuka setiap hari bermula 3.30 petang hingga 7 malam.
Harga? 5 ketul RM1! Murah bukan? Jadi jika ke Pulau Pinang, pastikan anda singgah menikmati cakoi ini.