Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menu Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Hadir Dalam Versi Yang Lebih Sihat

Azwa Rahman
16/01/2019 09:12 MYT
Khabar gembira untuk penggemar roti canai tapi takut dengan kandungan karbohidratnya yang tinggi, kini 'roti canai paling sihat di dunia' telah diperkenalkan.

Hollista Colltech Ltd dengan kerjasama Kawan Food Berhad memperkenalkan roti canai yang rendah indeks glisemik dan kandungan lemak untuk memberikan alternatif kepada menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia ini.

Roti canai yang akan dipasarkan pada April depan ini tidak mengandungi bahan kimia dan masih mengekalkan rasa asli roti canai.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan roti canai paling sihat itu adalah kacang bendi, kacang dhal, barli dan halba.

Memetik temubual Ketua Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Datuk Dr Rajen M bersama Mstar, "kalau kita makan roti canai atau roti putih, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Ini adalah tidak sihat kerana menyebabkan kita mengalami darah tinggi, diabetes, jantung, obesiti, merendahkan tahap tenaga, food cravings dan mengantuk.

Disasarkan untuk mereka yang menjaga kesihatan, ia mampu merendahkan sebanyak 40 peratus daripada 70 bacaan purata global roti paratha.

Namun, harga bagi roti tersebut belum diputuskan dan akan dimaklumkan pada majlis pelancarannya yang dijangka berlangsung April depan.

Hollista Coltech Ltd merupakan syarikat penyelidikan bioteknologi yang menghasilkan bahan-bahan semula jadi kelas pertama dan produk kesihatan yang berpangkalan di Perth, Australia.

Kawan Food Berhad pula adalah pembekal makanan sejuk beku utama yang menghasilkan produk seperti roti, paratha, capati, pemanis mulut, pastri dan sayur.

#Food #Food
;