Suudu
Siapa Sangka Jeruk Kulit Limau Ini Mampu Menyebabkan Anda Koma Dan Sawan!
Nampak gayanya makanan snek zaman kanak-kanak (juga sekarang) yang selama ini menjadi kudapan kita rupanya telah dicemari dengan bahan yang tidak menyihatkan.
Ini kerana jeruk kulit limau keluaran Jiabao jiuzhi chenpi, dari China dikesan mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.
Berdasarkan laporan SCMP, ujian terhadap beberapa sampel produk jeruk terbabit mendapati ia mengandungi sehingga lapan kali ganda logam toksik yang dibenarkan.Pemeriksaan pada Mac lalu mengesan kandungan plumbum tujuh kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan manakala Mei sebanyak enam kali ganda!
Untuk makluman anda, plumbum merupakan satu bahan semula jadi namun berupaya menjadi toksik jika diambil dalam jumlah yang banyak. Antara kesan jika diambil berlebihan termasuklah serangan otak serta sistem saraf hingga menyebabkan koma, sawan dan lebih teruk lagi punca kematian.
Anda yang gemar menikmati jeruk kulit limau ini terpaksalah 'berpuasa' seketika.
Sementara itu Kementerian Kesihatan mengesahkan jeruk kulit limau keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari negara China yang dikesan dicemari plumbum, tidak diimport ke Malaysia.