Skip to main content

Syafiq Kyle Akui Mencabar Bawa Motor Dengan Kelajuan Tinggi Dalam Malaikat Malam - “Saya Pemandu Yang Berhemah”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Syafiq Kyle kongsi cabaran membawa watak Azam dalam filem Malaikat Malam, terutamanya menunggang motosikal laju walaupun dia seorang pemandu berhemah.
  • Ini kali pertama Syafiq memegang watak sebagai mat rempit dan dia berasa teruja dengan reaksi positif peminat terhadap penampilannya.
  • Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini diharap dapat menghidupkan semula genre filem permotoran dengan jalan cerita yang penuh konflik dan barisan pelakon mantap.

Pelakon, Syafiq Kyle berkongsi cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang menjalani tempoh penggambaran filem Malaikat Malam.

Menurut Syafiq, adalah menjadi satu cabaran untuknya menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi memandangkan dirinya merupakan seorang pemandu yang berhemah.

“Cabaran untuk saya ketika memegang watak Azam ini adalah apabila saya perlu bawa motor laju-laju. Ia agak mencabar sebab saya ini seorang pemandu dan penunggang motor yang berhemah jadi memang mencabar,” katanya.

Berkongsi mengenai watak Azam yang dibawanya, Syafiq mengakui berasa teruja dalam masa yang sama menganggap ia sebagai satu peluang yang tidak dapat dilupakan memandangkan dia tidak pernah memegang watak sebagai seorang mat rempit sebelum ini.

“Saya tak pernah memegang watak sebagai mat rempit tetapi bila saya muat naik gambar sesi penggambaran, ramai yang macam teruja dengan penampilan karakter Azam. Jadi apa salahnya saya ambil peluang ini dan bawa watak sebagai seorang mat rempit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafiq yakin filem yang mendapat arahan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin ini berupaya untuk mengangkat semula genre filem permotoran tanah air.

“Saya teruja sebab filem ini dihasilkan oleh generasi yang ada ‘passion’ dan saya yakin tenaga yang mereka ada itu boleh menaikkan semula genre filem permotoran,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must-Watch Video

Advertisement