Skip to main content

Filem

Syafiq Kyle Dedah Pengalaman Membesar Dalam Kehidupan Sederhana, Akui Faham Tekanan Kewangan - “Mudah Bergaul Bila Duduk Rumah Flat Tetapi…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Syafiq Kyle berkongsi pengalamannya membesar di flat dalam komuniti B40 yang membuatkan dia lebih memahami pelbagai lapisan masyarakat.
  • Dia menegaskan bahawa tempat seseorang dibesarkan tidak seharusnya menjadi alasan untuk menilai kejayaan atau pilihan hidup mereka.
  • Syafiq juga mengakui kehidupan di flat memudahkan pergaulan, tetapi setiap individu mempunyai pilihan dan impian tersendiri yang membentuk jalan hidup mereka.

Pelakon, Syafiq Kyle berkongsi realiti kehidupannya yang membesar dalam persekitaran flat dan komuniti B40 sehingga membuatkan dirinya lebih memahami pelbagai lapisan masyarakat.


 

Menurut Syafiq, pengalaman membesar dalam suasana tersebut menjadikan dirinya lebih dekat dengan jalan cerita filem Hak: Tuntut atau Tunduk kerana ramai masyarakat di luar sana melalui pengalaman kehidupan yang hampir sama.


 

“Saya membesar dalam persekitaran flat dan B40. Ketika zaman saya membesar dahulu, saya tidaklah dikategorikan B40 cuma saya membesar dalam masyarakat biasa. Oleh sebab itu, saya nampak pelbagai peringkat kehidupan. Bila cerita ini keluar, saya pasti ramai yang boleh relate.


 

“Rasa hidup susah itu tiada tetapi kita memahami tekanan kewangan dan kehidupan. Mungkin sebab saya terdedah dengan pendidikan. Jadi, saya ada peluang untuk buat keputusan dan belajar meskipun kehidupan di Kuala Lumpur ada baik dan buruknya. Cerita ini amat dekat dengan saya dan ramai orang,” katanya kepada Gempak.


 

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem HAK: Tuntut atau Tunduk pada Khamis.


 

Mengulas mengenai stigma masyarakat terhadap individu yang membesar di rumah flat atau kawasan berpendapatan rendah, Syafiq berpendapat seseorang itu tidak seharusnya terus dinilai berdasarkan tempat mereka dibesarkan.


 

“Saya ada peluang, jadi kita tak boleh salahkan sesiapa bila kita buat keputusan yang tidak tepat. Saya berterima kasih pada ibu bapa saya sebab memberikan pendidikan dan didikan untuk buat keputusan dan pilihan. Selebihnya, saya tanggung sendiri.


 

“Walaupun saya membesar dalam kehidupan susah, saya masih ada peluang untuk keluar daripada kehidupan itu. Kalau saya pilih untuk kekal dalam kehidupan tersebut, itu juga keputusan saya sendiri. Tak boleh salahkan tempat kita membesar.


 

“Tempat bukan sandaran kejayaan. Ada sahaja kawan saya yang berjaya dan dah ada keluarga yang besar. Mungkin kehidupan yang dia pilih itu dah selari dengan sikap dan kehendak dirinya.


 

“Mungkin ini kehidupan yang saya pernah doa dulu. Mereka pula dapat kebahagiaan yang mereka ada sekarang. Dalam stigma masyarakat memang selalu orang suruh keluar dari tempat yang tak baik dan dalam agama pun kita disuruh berusaha keluar daripada kesusahan itu. Tetapi itu bukanlah peluang untuk menilai seseorang,” katanya.


 

Dalam pada itu, pelakon utama filem Hak: Tuntut atau Tunduk itu  turut mengakui kehidupan di flat sememangnya membuatkan seseorang mudah terdedah dengan pelbagai jenis pergaulan, namun baginya setiap individu mempunyai pilihan hidup masing-masing.


 

“Mudah bergaul bila duduk flat tetapi itu subjektif. Saya tak berani nak cakap. Kadang-kadang ada orang memang memilih untuk hidup sebegitu. Tak salah dan tak betul.


 

“Mungkin dia ada impian tersendiri, sesuatu yang dia nak kecapi dan mungkin karakternya memang begitu. Dia akan bergerak mengikut karakter dan kehidupan yang dia pilih berdasarkan pendidikan dan pengalaman yang dia explore. Jadi susah untuk kita menilai,” jelasnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement