Skip to main content

Tak Malu Jual Tart Telur Tepi Jalan, Pelakon Pilih Hidup Sederhana Lepas Alami Depresi

vcvxv

Sekilas

  • Pelakon China, Zhao Lusi, dilihat menjalani kehidupan sederhana dengan menjual tart telur di gerai tepi jalan sambil berinteraksi mesra dengan pelanggan dan peminat.
  • Dia pernah mengalami masalah kesihatan mental serius akibat tekanan kerja dan menuduh pengurusan lamanya melakukan layanan buruk sebelum kembali aktif di bawah pengurusan baru.
  • Kini, Zhao Lusi sedang bersiap untuk projek lakonan terbaru sambil mengekalkan gaya hidup tenang dan sederhana yang dipilihnya.
Advertisement

Pelakon terkenal China, Zhao Lusi mencuri perhatian ramai apabila tampil menjalani kehidupan sederhana dengan menjual tart telur di sebuah gerai tepi jalan, baru-baru ini.

Menerusi foto-foto yang tular di media sosial, bintang berusia 27 tahun itu dilihat ceria menyediakan makanan, berborak mesra dengan pelanggan serta meluangkan masa bergambar bersama peminat yang hadir.

Advertisement

Pelakon drama popular Hidden Love itu sebelum ini pernah menyatakan hasratnya terhadap gaya hidup sederhana dan tidak terikat dengan kemewahan dunia glamor.

Dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini, Zhao Lusi secara terbuka mengakui dia tidak kisah sekiranya perlu mengusahakan perniagaan gerai makanan di tepi jalan.

Menurutnya, dia lebih selesa menjalani kehidupan seharian tanpa sorotan kamera dan tekanan dunia hiburan.

Advertisement

Difahamkan, kemunculan Zhao Lusi dengan gaya hidup sederhana itu hadir selepas beberapa cabaran besar yang dilaluinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Disember 2024, aktres tersebut dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius ketika penggambaran sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga memaksa pihak pengurusan menangguhkan semua aktivitinya.

Pemeriksaan perubatan kemudian mengesahkan Zhao Lusi mengalami kemurungan teruk dan kebimbangan akibat tekanan kerja berpanjangan.

Situasi itu berlarutan apabila pada Ogos 2025, Zhao Lusi sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka menuduh pihak pengurusan lamanya melakukan layanan buruk terhadap dirinya.

Namun, pada November 2025 bersempena ulang tahunnya, Zhao Lusi mengundang rasa sebak peminat apabila mengumumkan kepulangannya ke dunia seni di bawah pengurusan baharu.

Dia mengakui semangatnya kembali pulih selepas sebelum itu meragui kemampuannya untuk terus berlakon.

“Ini terlalu sukar, terlalu sukar,” katanya ketika itu.

Kini, Zhao Lusi sedang membuat persiapan untuk membintangi karya terbaharunya, manakala studio baharunya turut mengeluarkan kenyataan rasmi di Weibo bagi mengesahkan permulaan fasa baharu dalam kerjayanya.

Di sebalik kesibukan tersebut, kemunculan Zhao Lusi menjual di tepi jalan jelas mencerminkan ketenangan dan kesederhanaan hidup yang dipilihnya.

 

Sumber: InsertLive

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must Watch Video

Advertisement