Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Tak Sampai Seminit Bukak Ayat Kursi ‘Dia’ Dah Tukar Lagu, Zara Zya Kongsi Pengalaman Seram - “Bila Saya Tengok Belakang Ada…”

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya berkongsi pengalaman seram ketika memandu sendirian pada waktu Maghrib, merasakan kehadiran entiti lain dalam keretanya.
  • Dia cuba membaca ayat Kursi untuk mengusir gangguan tersebut, tetapi telefon bimbitnya tiba-tiba berhenti berfungsi dan lagu bertukar sendiri.
  • Zara menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar atau berkeliaran pada waktu Maghrib kecuali ada urusan penting untuk elak gangguan makhluk halus.
Advertisement

Pelakon, Zara Zya sekali lagi berkongsi pengalaman seram ketika sedang memandu sendirian untuk pergi ke tempat kerja.

Menerusi Threads, Zara berkata bahawa gangguan tersebut berlaku sekitar pukul 7 petang sebelum dirinya tiba-tiba diselebungi dengan perasaan yang kurang senang, seolah-olah ada entiti lain yang berada di dalam keretanya.

Advertisement

“Hari ini pergi kerja dan memandu sendirian. Elok sahaja dan tiada apa pun berlaku. Kemudian, ketika tengah layan jem, tiba-tiba rasa lain. Jam pula menunjukkan pukul 7.39pm (maghrib),”tulisnya.

Tak mahu tenggelam dengan perasaan tersebut, aktres drama Love You Mr Arrogant itu kemudian membuka ayat Kursi di telefonnya sebelum tiba-tiba bacaan berkenaan dihentikan dan lagu seterusnya dimainkan.

Sangkaannya tepat apabila Zara melihat penampakan sosok lain yang menjadi ‘penumpang’ keretanya tanpa izin.

Advertisement

“Disebabkan perjalanannya jauh lagi, maka saya pun pasang ayat Kursi. Tapi, tak sampai seminit bacaan, dia tukar lagu. Bila nak tukar balik, telefon terus hang. Bila saya tengok belakang, ada ‘penumpang’ rupanya. Duduk diam sudahlah, ini sibuk kacau orang,”ujarnya.

Justeru, Zara menitipkan pesanan pada orang ramai agar tidak berkeliaran atau keluar ketika waktu Maghrib jika tiada sebarang urusan penting untuk mengelakkan dari menerima sebarang gangguan makhlus halus.

“Korang kalau waktu Maghrib, jangan duduk luar kalau tak penting tau,”pesannya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Must Watch Video

Advertisement