Skip to main content

Selebriti

“Tak Semua Perjalanan Harus Laju, Kadang Kita Hanya Perlu…” - Fattah Amin

ASTROGEMPAK Fattah

Sekilas

  • Fattah Amin berkongsi pesanan bermakna di Threads mengajak orang ramai untuk menghargai setiap detik dalam hidup tanpa terburu-buru.
  • Beliau menegaskan bahawa tidak semua perjalanan perlu laju dan kita harus menikmati proses dengan perlahan untuk menghargai kesempurnaan yang Tuhan berikan.
  • Perkongsian ini mendapat sokongan ramai pengikut yang setuju bahawa kebahagiaan sebenar datang dari menikmati perjalanan, bukan hanya mengejar destinasi akhir.

Perkongsian pelakon dan penyanyi Fattah Amin menerusi platform Threads mengenai satu pesanan yang penuh bermakna meraih perhatian wargamaya. 

 

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah dilihat mengajak orang ramai untuk lebih menghargai setiap detik dalam kehidupan tanpa perlu terburu-buru mengejar destinasi.

 

“Tak semua perjalanan harus laju… indah. Kadang, kita hanya perlu nikmatinya dengan perlahan… sampai, kita akan tersenyum dan terfikir sendiri, betapa Tuhan sudah sempurnakan semuanya untuk kita,” tulisnya.

 

Kata-kata tersebut dilihat, seolah-olah menggambarkan setiap perjalanan hidup mempunyai waktunya tersendiri dan tidak perlu dipaksa.

 

Rata-rata pengikut turut tersetuju dengan perkongsian itu, malah ramai yang menganggap kebahagiaan sebenar hadir apabila kita belajar untuk menikmati proses, bukan sekadar mengejar pengakhiran.

 

Selain itu, ada juga wargamaya meminta suami kepada penyanyi Amira Othman itu untuk menerbitkan buku kedua tulisannya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement