Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: Masa Sudah Tiba, Langkah Linda Jasmine & Ratu Terhenti Di Minggu Keenam

Bakar isteri

Sekilas

  • Linda Jasmine dan Ratu tersingkir di minggu keenam Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Oh! Carol bersama Chubb-E kurang mendapat markah juri.
  • Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keenam dimenangi oleh pasangan Adira dan Anggrek, membawa pulang RM2,000 dan hamper dari Eskayvie.
  • Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi dengan juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Perjalanan bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Linda Jasmine dan Ratu terhenti di minggu keenam.

Dengan tema Dua Tiga Kucing Berlari, Linda Jasmine dan Ratu gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Oh! Carol duet bersama Chubb-E.

Advertisement

Turut berada ditangga tiga terbawah adalah Ani Mayuni X Viviana dan Safura X Kim Khairii.

Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keenam  menjadi milik Hasil Adira dan Anggrek.

kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.
Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain.

Advertisement

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement