Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Persembahan Adrian Adam Buat Shila Amzah Teringat Arwah Ibu Mentua, Kongsi Rasa Kehilangan Sama - "Apabila Saya Melihat Dia...”

Bakar isteri

Sekilas

  • Shila Amzah terharu dengan persembahan Adrian Adam di Talk To My Manager 2 yang mengingatkannya kepada arwah ibu mentua yang meninggal dunia akibat kanser.
  • Shila memuji suara merdu Adrian dan percaya penyanyi muda itu mempunyai bakat besar dalam industri hiburan.
  • Adrian yang menghidap kanser tulang terpaksa menarik diri dari TTMM2, namun tetap membuat kemunculan istimewa dengan menyampaikan lagu Ku Mohon sambil berkerusi roda.
Advertisement

Melihat persembahan Adrian Adam di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), penyanyi Shila Amzah mengakui ia mengingatkannya kepada arwah ibu mentua yang meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Menurut Shila, persembahan penuh emosi itu turut membuatkan dia merasai kembali perasaan kehilangan insan paling dikasihi.

Advertisement

“Arwah mak mentua saya pulang ke rahmatullah atas sebab yang sama. Sedikit sebanyak saya memahami perasaan kehilangan itu.

“Dia pernah berpesan, kita yang hidup ini mesti teruskan kehidupan dan kekuatan itulah yang saya bawa sehingga sekarang,” katanya kepada Gempak dengan nada sebak.

Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada konsert minggu kelima Talk To My Manager di Auditorium MBSA pada Ahad.

Dalam masa sama, Shila turut memuji kemerduan suara Adrian Adam dan percaya penyanyi muda itu memiliki bakat serta potensi besar dalam industri hiburan.

“Apabila saya melihat adik Ian tadi, saya rasa dia mempunyai suara yang sangat merdu dan bakat yang besar. Kita doakan semoga dia diberi kesembuhan.

“Semoga kak Amyza dan Ian terus kuat. Saya doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Adrian membuat kemunculan istimewa di pentas TTMM2 dengan menyampaikan lagu Ku Mohon sambil berkerusi roda.

Adrian  sepatutnya menjadi salah seorang peserta dalam TTMM2 namun terpaksa mengundur diri selepas didiagnos kanser tulang Februari lalu

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement