Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Selepas 30 Minit Menyanyi, Anak Amyza Aznan Ditawarkan Single Dari Syarikat Rakaman - "Ini Rezeki Yang Langsung Tidak..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Adrian Adam, anak pelakon Amyza Adnan, ditawarkan sebuah lagu oleh komposer dari syarikat rakaman selepas membuat kemunculan khas di pentas Talk To My Manager 2.
  • Amyza berkongsi bahawa tawaran lagu itu adalah rezeki tidak dijangka dan dia bersedia membawa Adrian ke kelas vokal sebagai persediaan.
  • Adrian sebelum ini membuat persembahan lagu Ku Mohon di TTMM2 sambil berkerusi roda selepas didiagnos kanser tulang, dan mendapat sokongan hangat dari penonton serta juri.

Selepas 30 minit membuat kemunculan khas di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), anak kepada pelakon, Amyza Adnan iaitu Adrian Adam telah ditawarkan sebuah lagu oleh seorang komposer dari syarikat rakaman , malam tadi.

Menurut Amyza, dia tidak menyangka anak keduanya itu berpeluang untuk memiliki lagu tersendiri. 

“Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.

“Tetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tidak dijangka.

“Individu itu menghantar WhatsApp dan menawarkan untuk menghasilkan lagu buat Adrian sejurus selepas persembahan tadi,” katanya kepada Gempak.

Amyza berkongsi perkara tersebut ketika konsert minggu kelima Talk To My Manager di Auditorium MBSA pada Ahad.

Dalam masa sama, Amyza berkata bahawa dia telah bersedia untuk membawa anaknya ke kelas vokal, selain beranggapan nyanyian itu menjadi pemangkin semangat buat mereka.

“Rasa terkejut dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.

“Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental,” katanya.

Sebelum ini, Adrian membuat kemunculan istimewa di pentas TTMM2 dengan menyampaikan lagu Ku Mohon sambil berkerusi roda.

Kemunculan itu mendapat tepukan gemuruh penonton yang berdiri memberikan sokongan, malah barisan juri menyifatkan Adrian berpotensi memberi saingan sengit sekiranya bertanding sebagai peserta program tersebut. 

Adrian  sepatutnya menjadi salah seorang peserta dalam TTMM2 namun terpaksa mengundur diri selepas didiagnos kanser tulang Februari lalu

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement