Skip to main content

Filem

Tawaran Berlakon Tidak Serancak Rakan Industri, Fadhli Masoot Dedah Hanya Dapat ‘Offer’ Sebulan Sekali Sahaja - “Orang Fikir Saya…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Fadhli Masoot mengakui dia hanya menerima tawaran berlakon kira-kira sekali sebulan, berbeza dengan rakan-rakan yang lebih kerap dapat job.
  • Walaupun sering muncul dalam filem berskala besar, tawaran yang diterima biasanya datang dari pengarah yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
  • Ketiadaan pengurus dan sifat segan untuk mendekati golongan atasan dalam industri menyukarkan Fadhli untuk dapat lebih banyak tawaran berlakon.

Pelakon, Fadhli Masoot mengakui bahawa dirinya tidak menerima  tawaran berlakon serancak rakan-rakan industrinya yang lain.

Menurut Fadhli, kebiasaannya dia menerima sebulan sekali sahaja tawaran, sebaliknya ada rakannya yang menerima dua tiga tawaran dalam tempoh yang singkat.

“Saya tidak mendapat tawaran berlakon serancak rakan-rakan lain. Ada antara mereka sebulan, dua tiga kali orang panggil untuk tawaran berlakon.

“Tetapi saya, boleh katakan sebulan mungkin sekali sahaja tawaran itu datang. Cuma saya tak tahu sekarang ini Allah aturkan saya banyak menerima tawaran untuk berlakon filem.

“Kebanyakkan datang apabila saya sudah selesai dengan sesebuah naskah. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak, tawaran itu tidak putus,”katanya kepada Gempak.

Fadhli berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem HAK: Tuntut atau Tunduk pada Khamis.

Tambahnya, ramai yang sering salah faham dengan dirinya dan beranggapan bahawa dia menerima banyak tawaran hanya kerana sering membuat kemunculan dalm filem yang berskala besar.

“Orang fikir saya banyak job sebab nampak (berlakon dalam) projek besar, tapi sebenarnya kebanyakan pengarah yang panggil saya ialah mereka yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini.

"Sebab itu saya tak pandai sangat nak telefon produksi tanya pasal kerja. Saya lebih selesa tunggu kalau ada yang percaya dan panggil," ujarnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Hak: Tuntut atau Tunduk itu turut mengakui ketiadaan pengurus dan sifat yang segan untuk bertemu dengan orang membuatkannya sukar untuk menerima lebih banyak tawaran.

“Untuk dapat kerja itu tidak susah, kerana tawaran itu ada. Tetapi mungkin kerana saya bergerak sendiri dan tiada pengurus. Saya pula segan untuk mendekati orang dalam industri terutamanya golongan atasan.

“Masa awal pembabitan dahulu, saya banyak hantar resume ke merata-rata syarikat penerbitan. Tetapi tiada sebarang respons. Mungkin belum rezeki. Saya serahkan kepada aturan Tuhan. Kalau sudah tertulis, pasti jadi,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement