Skip to main content

Teaser Filem ‘TERBANG’ Cetus Fenomena, Ramai Teruja Nak Tengok Kisah Legenda Rali Malaysia - “Poster Macam Ni Lama Tak Nampak, Ini Baru Bertaraf Dunia”

Astro Gempak 353

Sekilas

  • Teaser poster dan video filem TERBANG yang diinspirasikan daripada juara rali negara Karamjit Singh telah mendapat sambutan hangat dan pujian netizen atas kualiti visualnya.
  • Filem arahan Chiu Keng Guan ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Nam Ron, dan Diana Danielle, serta mendapat sokongan beberapa jenama besar tempatan.
  • TERBANG mengisahkan perjuangan seorang pelumba rali yang bangkit selepas trauma kemalangan dan dijangka ditayangkan di pawagam tahun ini.

Teaser poster dan video filem TERBANG yang dikongsikan kepada umum semalam berjaya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat filem tempatan.

Menerusi video teaser tersebut, dipaparkan babak kereta lumba di trek selain memaparkan pengarahan sutradara serta barisan pelakon yang terlibat.

 

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain memuji kualiti visual dan video teaser filem berkenaan.

 

“Shot cantik, baru teaser dah macam ini.

“Ingata intro filem Hollywood tadi, memang cun,” tulis netizen lain.

“Ada Zizan dengan Namron, cepatlah keluar trailer penuh.

“Cerita pasal rali, memang teruja nak tengok legenda negara Karamjit Singh,” komen beberapa netizen. 

vsdvdf

Selain itu, poster teaser pertama filem tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton.

“Poster macam ini dah lama tak nampak, ini baru bertaraf dunia.

“Macam ini barulah poster.

“Ini baru betul legenda Karamjit Singh,” komen beberapa netizen. 

Untuk rekod, TERBANG merupakan filem yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup juara dunia pelumba rali negara, Karamjit Singh.

Filem tersebut diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang sebelum ini terkenal dengan karya pecah panggung seperti The Journey dan OlaBola.

Dalam masa sama, barisan pelakon filem berkenaan turut diperkenalkan secara rasmi dalam majlis TERBANG Rumah Terbuka Raya yang dihadiri tetamu jemputan serta rakan media.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut termasuk Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama beberapa produksi lain termasuk EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space.

Filem berkenaan turut mendapat sokongan strategik daripada pelbagai pihak termasuk STING, U Mobile serta penggunaan elemen jenama seperti PROTON, PETRONAS, EON dan Malaysian Aviation Group (MAG).

TERBANG membawa kisah seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat insiden kemalangan sebelum kembali bangkit dalam dunia perlumbaan.

Filem aksi rali tersebut dijangka menemui penonton di pawagam pada tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement