Skip to main content

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Siti Nurhaliza Alami Bengkak Pada Bahagian Kaki - “Alhamdulillah, Segalanya Selamat…”

Astrogempak Siti (1)

Sekilas

  • Pengurus peribadi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, mengesahkan penyanyi itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX.
  • Siti Nurhaliza dibawa ke hospital untuk rawatan selepas mengalami lebam dan bengkak pada bahagian kaki.
  • Empat kereta terlibat dalam kemalangan tersebut selepas selesai persembahan di RedQ AirAsia Sepang, dan semua dalam keadaan selamat.
Advertisement

Pengurus peribadi kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak mengesahkan mengenai berita kemalangan tersebut.

Ketika dihubungi Gempak, Rozi memaklumkan Siti telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement

“Salam semua, ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang Siti Nurhaliza.

“Kami 2 kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan. 4 kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya serta Siti Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang.

“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. Dia telah ke hospital, mengalami lebam/bengkak bahagian kaki. Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan  jalan raya di lebuh raya MEX pada Khamis.

Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement