Skip to main content

Selebriti

Teruja Dapat Anak Buah Baharu, Irfan Haris Dedah Inspirasi Nama ‘Jarir’ - “Kakak Saya Terinspirasi Daripada…”

ASTROGEMPAK Irfan Haris

Sekilas

  • Penyanyi Irfan Haris bersyukur kakaknya, Amira Othman, selamat melahirkan anak lelaki pertama mereka pada petang Selasa.
  • Nama anak buahnya, Muhammad Jarir Umar, diinspirasikan daripada kelas agama yang dihadiri Amira dan merujuk kepada nama sahabat Nabi.
  • Irfan mendoakan agar Jarir membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Advertisement

Penyanyi Irfan Haris meluahkan rasa syukur apabila kakaknya yang juga penyanyi Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata pertama. 

 

Advertisement

Irfan ketika ditemu bual penyampai radio Fazziq yang dimuat naik di TikTok Era berharap semua orang mendoakan keadaan kakak dan anak buahnya. 

 

“Alhamdulillah. Keadaan kakak saya okay, dia masih di hospital. Alhamdulillah dah melahirkan pada petang semalam (Selasa). Doakan kakak saya cepat sembuh dan baby sihat Insya-Allah,” katanya. 

Advertisement

 

Ketika ditanya mengenai nama anak buahnya, Muhammad Jarir Umar, Irfan memberitahu kakaknya mendapat inspirasi daripada kelas agama yang dihadirinya. 

 

“Sama-sama pilih nama tapi kakak saya dapat inspirasi daripada kelas agama dia. Nama Jarir itu sebenarnya nama sahabat Nabi dulu. 

 

“Jadi, dia terinspirasi daripada nama itu la sebenarnya. Jadi semua keluarga panggil Jarir,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Irfan meluahkan rasa gembira dengan kehadiran anak buah baharunya dan mendoakan yang baik-baik untuk putera sulung Amira dan Fattah. 

 

“Kita tahu perjalanan kakak saya dengan abang Long kan pada tahun lalu berkahwin, dan tahun ini Alhamdulillah rezeki lagi dikurniakan cahaya mata.

 

“Jadi saya sangat happy untuk kakak dan abang ipar saya. Saya sebagai adik sentiasa doakan yang baik-baik. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh, baik Insya-Allah untuk ibu bapanya.

 

Untuk rekod, Amira selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Selasa. 

 

Fattah menerusi Instagram turut berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Muhammad Jarir Umar. 

 

Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

Amgras Stroller Baby Portable Mini Fan Rechargeable 9 Leds/Ultra Quiet/Flexible Tripod/55 Hours (6000mAh)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must Watch Video

Advertisement