Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

The Chosen One 2024: Azry Sabri Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kedua, Farah Aina Pula Umum Tarik Diri

Ainun
27/09/2024 14:58 MYT
The Chosen One 2024 pada minggu yang kedua menyaksikan kesemua peserta masih layak untuk berentap di minggu yang seterusnya.

Azry Sabri Rampas Kedudukan

Dengan persembahan lagu Mencari Konklusi yang cukup hebat, Azry Sabri berjaya meraih kedudukan yang pertama konsert pada minggu ini.

Menurut juri tetap, Jaclyn Victor, dia tidak menyangka bahawa Azry mampu membawa genre rock lagu dari kumpulan Hujan ini dengan baik.

“Saya tidak menyangka awak boleh membawa genre sebegini. Ianya sangat hebat buat saya,” jelasnya.

Komen tersebut turut disokong oleh ketua juri The Chosen One 2024, Datuk Awie yang juga mengatakan persembahan Azry sudah membuktikan lagu yang dibawanya mampu dinyanyikan oleh kanak-kanak.

“Satu persembahan yang cukup hebat. Awak telah buktikan bukan orang dewasa sahaja yang boleh menyanyikan lagu seperti ini tapi awak adalah kanak-kanak yang hebat mampu membawa lagu ini dengan baik. Tahniah Azry,” katanya.

Selain itu, Atikah Rose yang menyanyikan lagu ‘Bawa Dia Kembali’ berjaya menempatkan diri di kedudukan yang kedua pada minggu ini.

Jelas Datuk Awie, persembahan Atikah pada minggu ini kurang menyerlah disebabkan coach Adira lebih menonjol berbanding dirinya.

“Dalam persembahan kali ini, coach awak, Adira, lebih menonjol berbanding dengan awak dan mengatasi kehebatan persembahan awak minggu ini.

“Minggu lepas, awak sangat hebat, tetapi kali ini awak tenggelam dalam persembahan sendiri. Insya Allah minggu depan awak boleh lakukan yang terbaik,” ulasnya.

Pada masa yang sama, Atikah turut menjadi pemenang Persembahan Terbaik minggu pertama Gempak Era The Chosen One Of The Week.

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: "Suara power!" - Anak Didik Adira Juara Minggu Pertama, Siap Dapat Pujian Awie

BERITA TRENDING: The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

Farah Aina Tarik Diri

Pada minggu kedua ini, Coach Amir Jahari mengumumkan bahawa menteenya, Farah Aina, telah menarik diri daripada pertandingan ini disebabkan faktor kesihatan.

Tempatnya di The Chosen One 2024 digantikan oleh pilihan kedua Amir, iaitu Baiq Balqis.

Persembahan pertama Balqis pada minggu kedua ini berjaya meraih tempat ketiga dengan membawakan lagu berjudul ‘Semalam’ bersama coachnya Amir Jahari.

Bagaimanapun, Eriq Fikir dan Elofa Reza berada di kedudukan terendah.

Di minggu yang kedua The Chosen One 2024 juga menyaksikan tiada sebarang penyingkiran yang dilakukan dan kesemua lapan peserta layak bertanding di minggu yang seterusnya.

BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Ina Raih Tempat Pertama, Dino Pukau Juri, Maria Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

BERITA TRENDING: MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama


Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week

Selain itu, para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my .

Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.

The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu, Tak Macam Dulu


‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan www.sooka.my untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Jihan Muse #Tomok #Adira #Sufian Suhaimi #Wany Hasrita #Amir Jahari #Haziq Hussni #Aepul Roza #Suki Low #Firdaus Rahmat #The Chosen One 2024 #Fahami Rahmat
;