“Selepas Nama Disebut Jadi Juara, Saya Sebak Lihat Reaksi…” - Kiki Fateha Luah Rasa Terharu, Ingat Pesan Ibu
Ainun
09/11/2024 11:55 MYT
09/11/2024 11:55 MYT
Juara The Chosen One 2024, Kiki Fateha meluahkan rasa gembira kerana mampu membuatkan ibunya tersenyum bangga atas kemenangan yang dimilikinya.
Jelas gadis berusia 13 tahun itu, ibunya meninggalkan pesanan untuk sentiasa lakukan yang terbaik selepas berjaya memasuki pertandingan itu.
“Selepas nama saya disebut menjadi juara, saya tengok reaksi ibu sudah gembira dengan kemenangan saya.
"Alhamdulillah saya berjaya buatkan ibu saya bangga dengan pencapaian saya.
Jelas gadis berusia 13 tahun itu, ibunya meninggalkan pesanan untuk sentiasa lakukan yang terbaik selepas berjaya memasuki pertandingan itu.
“Selepas nama saya disebut menjadi juara, saya tengok reaksi ibu sudah gembira dengan kemenangan saya.
"Alhamdulillah saya berjaya buatkan ibu saya bangga dengan pencapaian saya.
“Sebab masa saya mesuk pertandingan ini, ibu saya pesan suruh lakukan dengan baik kerana saya akan berjumpa dengan orang yang lagi bagus dari saya.
“Jadi, apa yang saya lakukan, saya hanya percaya pada diri saya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Pada masa yang sama, Kiki turut berkongsi dirinya sempat melihat ibunya sudah menahan sebak selepas namanya diumumkan sebagai juara.
“Masa saya di atas pentas, saya sempat melihat reaksi ibu dan itu membuatkan saya sebak. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada ibu kerana sudah menyokong saya dari kecil lagi sehinggalah dapat masuk rancangan hebat ini,” kongsinya.
Tekanan yang dirasai
Apabila ditanya tentang persembahannya yang sering mendapat pujian setiap minggu, Kiki menyatakan bahawa dia berasa sedikit tertekan kerana perlu melakukan yang lebih baik daripada persembahan sebelumnya.
Namun, atas dorongan Coach Aepul Roza, dia berjaya mengatasinya.
“Abang Aepul selalu berkata mereka percaya pada bakat saya dan itu membuatkan saya ingin memberikan yang terbaik setiap minggu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kiki juga meluahkan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik.
“Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik sebab saya rasa kalau saya belajar lebih banyak perkara dalam bidang muzik ini, saya boleh asah kebolehan saya ini dengan lebih baik,” ulasnya.
Untuk info, Kiki Fateeha menyampaikan lagu Kau Kekasihku nyanyian asal penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kiki berjaya mendapat pujian yang melambung dari para juri yang hadir pada konsert akhir The Chosen One 2024.
Untuk persembahan kedua pula, Kiki Fateeha menyanyikan lagu mash-up bersama coachnya, Aepul Roza, Butter dari BTS dan Jangan Kau Mimpi Arwah Siti Sarah.
Kemenangan itu sekaligus membuatkan Kiki Fateeha menerima hadiah berupa wang tunai RM 30,000 dan trofi sumbangan Astro.