Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rupanya Rina Nose Takut Lipas, Lepas Persembahan Aepul Tiba-Tiba Rasa Benda Merayap - “Ada Helaian Rambut Halus Di Leher”

Mya Amri
14/07/2024 10:03 MYT
Selebriti versatil Indonesia dan juga pengacara The Hardest Singing Show (THSS), Rina Nose mendedahkan dia merupakan seorang yang takut dengan lipas.

Takut dan geli dengan lipas


Menurut Rina, dia berusaha menahan rasa geli semasa Aepul muncul di pentas ketika konsert separuh akhir dengan kepalanya berada di dalam sebuah kotak lutsinar dipenuhi lipas.


“Ya atas pentas tu saya cari lipas sebab dia kecil dan warna hampir sama dengan lantai. Disebabkan saya takut, saya jadi meremang.

“Secara tiba-tiba rasa macam ada helaian rambut halus di bahagian leher, saya pun terus tepis sebab terkejut kerana ingat itu lipas.


“Tapi rupa-rupanya bila perasan, ternyata rambut sendiri dan bukan lipas.

“Semasa melihat Aepul keluar membuat persembahan dengan lipas saya menjerit di belakang, sebab geli,” katanya kepada Gempak.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

BERITA TRENDING: Rina Nose Dedah Hasrat Mahu Buat Pembedahan Kosmetik – “Saya Mahu Buat Tapi..”


BERITA TRENDING: BIGSTAGE5: Digelar Netizen Sebagai Golden Hand, Rina Nose - “Saya Memang Suka Make Up Sendiri”

Cari lipas atas pentas


Dalam pada itu, Rina berkata dia tidak mempunyai masalah dengan haiwan atau serangga lain kecuali lipas.

“Jadi selepas Aepul selesai melakukan persembahan… Ya saya memang cari lipas atas pentas, takut ada yang terlepas.

“Jangan sampai merayap di depan saya sebab saya sangat geli dengan lipas. Saya takut tiba-tiba naik atas kaki, mahu melompat saya.

“Lipas tu sudahlah kecil, bergerak laju pula tu, tak padan dengan saiz. Saya tak suka lipas, tapi kalau ular besar lalu depan saya, saya tak ada masalah janji bukan lipas, saya tak berani,” ujarnya ketawa.


Selain Rina , rancangan ini juga turut dihoskan oleh pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor


ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”



Jangan lupa saksikan pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS) Musim Pertama malam ini.

Enam bintang yang akan berentap untuk merebut gelaran juara adalah Stacy, Aisha Retno, Ayda Jebat, Putera Muhammad, Aepul Roza dan Zizie Kirana.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.


#Aepul Drama Band #Lipas #Rina Nose #Takut #The Hardest Singing Show #THSS #Merayap