“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Amri Hassan
23/04/2024 08:59 MYT
23/04/2024 08:59 MYT
Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh mengakui terkejut menerima emel makluman pengunduran diri Naim Daniel daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Pihak kami terkejut apabila mendapat emel daripada pihak Naim Daniel untuk menarik diri pada petang semalam.
“Bagaimanapun, kami masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim.
“Kami tahu tahu apa isu penarikan dirinya,” katanya pada sidang media The Hardest Singing Show di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
“Kami masih cuba reach out kepada Naim dan masih ada ruang untuk Naim mengubah fikiran masuk balik.
“Buat masa ni belum ada keputusan untuk menggantikan tempatnya dan mungkin tiada ganti.
“Kita akan proceed dengan 9 peserta musim pertama. Seandainya dapat tahu punca dan tukar fikiran kita masih mempelawanya untuk kembali menyertai The Hardest Singing Show,” ujarnya.
The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka. Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta.
Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.
Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.
Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini.
Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand dan Astro GO.
Terkejut Dapat Emel Naim
Jelas Norzeha, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim untuk membincangkan keputusan penarikan dirinya itu.“Pihak kami terkejut apabila mendapat emel daripada pihak Naim Daniel untuk menarik diri pada petang semalam.
“Bagaimanapun, kami masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim.
“Kami tahu tahu apa isu penarikan dirinya,” katanya pada sidang media The Hardest Singing Show di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Masih Cuba Untuk Berbincang
Dalam pada itu, pihaknya masih cuba untuk berbincang dengan Naim.“Kami masih cuba reach out kepada Naim dan masih ada ruang untuk Naim mengubah fikiran masuk balik.