,
The Hardest Singing Show

THSS: Main Drum Condong 90 Darjah, Aepul Roza Raih Markah 82.30%... Beza 1.49% Dengan Ayda Jebat! Semak Markah Penuh Semua Finalis

Umirah Halim
15/07/2024
00:00 MYT
Selepas 10 minggu berhempas pulas berentap di pentas The Hardest Singing Show (THSS), gelaran juara akhirnya menjadi milik Aepul Roza.

Juara milik Aepul Roza

Menewaskan enam bintang yang lain, Aepul mempersembahkan lagu Its My Life secara solo manakala segmen kolaberdua pula berentap bersama Putera Muhammad menerusi lagu nyantian asal Sheila On 7, Melompat Lebih Tinggi.
Kemenangan itu sekaligus membuatkan Aepul menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi emas The Hardest Singing Show serta pakej pelayaran sumbangan Kaki Jalan.
Aepul tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang melakukan aksi tergantung sambil bermain drum secara condong 90 darkah ketika melakukan persembahannya.
Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy telah meraih undian yang banyak daripada penonton sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dan telah membawa pulang RM10,000.
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu final The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Sukan

Final Piala FA: Juara Milik JDT! Pertahan Kejuaraan Selepas Belasah Selangor 6-1

gempak
24/08/2024
15:50 MYT
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.
gimme-the-mic

Adik Bulan Asyraff, Peserta Gimme The Mic Malaysia Meninggal Dunia - "Ingatkan Gastrik Biasa Tetapi Tidak"

gempak
16/08/2024
05:25 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff berkongsi khabar duka bahawa adik perempuannya meninggal dunia pada Khamis malam.
Gaya Hidup

Kesuma Juara Zon Tengah Festari Malaysia 2024, Bawa Pulang Wang Tunai RM3,000

gempak
29/07/2024
15:52 MYT
Kumpulan Kesuma dinobatkan sebagai johan zon tengah Festival Tari Malaysia 2024, menumpaskan lapan pasukan lain yang bertanding tahun ini.
Sukan

Belal Muhammad Petarung Palestin Pertama Juara UFC, Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Beliau!

gempak
29/07/2024
10:30 MYT
Belal Muhammad berjaya merampas gelaran milik Leon Edwards selepas menewaskan bekas juara welterweight itu dalam aksi UFC 304, pada Ahad.