The House 5
Alahai Wani Kayrie... Penat Sangat, Sampai Tertidur Di Kedai Makan
Penyanyi remaja Wani Kayrie sangat mementingkan waktu tidur dalam kehidupannnya.
Namun begitu, akibat tidak cukup tidur, Wani terlena di sebuah kedai makan selepas selesai makan tengah hari.
"Saya tertidur bukan sebab saya tidur lewat semalam, tetapi tenaga badan saya yang tidak mencukupi.
"Saya memang seorang yang sangat mementingkan waktu tidur. Oleh sebab itu, saya boleh terlelap sementara menunggu kawan-kawan yang lain menghabiskan makanan mereka," katanya kepada Gempak.
Tambah bintang program Big Stage ini, dia langsung tidak menyedari kejadian tersebut diperhatikan oleh orang sekeliling.
"Apabila saya terjaga, kelihatan jurukamera di depan mata saya.
"Saya terkejut dan tercengang, sementara yang lain ketawakan saya.
"Baru saya tersedar, rupanya agak lama saya tertidur memandangkan mereka sudah selesai makan," katanya lagi.
Kini, Wani sedang menjalani penggambaran sebuah program realiti musim terbaru di Janda Baik, Pahang.
Bakal ditayangkan pada bulan Mac ini, jangan lupa saksikan secara eksklusif di portal Gempak!