The House 5
Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie Perlu Selesaikan 11 Cabaran Paskal..Boleh Ke Tu?
Untuk episod ketiga The House musim kali ini, bintang muda jelita, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie meneruskan cabaran di persisiran pantai.
Bukan untuk bersantai atau bermandi-mandi tetapi terdapat 11 cabaran Paskal yang perlu diselesaikan. Mampu tak?
Namun begitu, tidak seronok jika tidak melanggar peraturan sepanjang menyelesaikan kesemua cabaran tersebut. Agaknya siapakah antara mereka bertiga yang berkelakuan sebegitu?
Sungguhpun meminati aktiviti lasak, Wani Kayrie seorang yang takut pada ketinggian.
Oleh itu, Wani kelihatan risau apabila diberikan tugas untuk memanjat pokok.
Namun, Sarah dan Sissy tidak lupa untuk memberikan kata semangat serta berpesan supaya lebih berhati-hati semasa menyelesaikan tugasan tersebut.
Sarah telah diumumkan sebagai juara dalam episod kali ini selepas berjaya menyelesaikan semua cabaran yang diberikan.
Kejayaan tersebut memberi peluang kepada Sarah untuk menerima layanan istimewa dari Sissy dan Wani.
Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya oleh Sarah dengan mengarahkan Sissy dan Wani untuk menyediakan keropok lekor hasil air tangan mereka berdua.
Sarah berlagak seperti puteri raja, sementara Sissy dan Wani perlu bertindak berlakon sebagai dayang istana yang terpaksa memenuhi semua permintaan dan kehendaknya.
Dengarnya mereka juga terkejut apabila mendapat kunjungan dari seorang penerbit dan pengarah, Ghaz Abu Bakar sebagai tetamu jemputan.
Tidak hanya datang dengan tangan kosong, Ghaz hadir membawa tugasan yang perlu diselesaikan serta menjadi mentor kepada tiga orang gadis ini.
Karakter sebenar Sarah, Sissy dan Wani dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti ini dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu mereka yang semestinya akan mencuit hati anda.
Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan persahabatan mereka menerusi program realiti ini.
The House Musim Kelima turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
Apakah yang akan berlaku dalam episod keempat The House Musim Kelima pada minggu hadapan?
Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai (bermula dari) 19 Mac 2019.
The House turut disiarkan di (menerusi) saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.
Must-Watch Video