Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tidak Ada Skrip, 'Naturally' Keluar Dari Diri Wani Kayrie

Zulaikha Yusof
22/03/2019 03:47 MYT
Bintang muda jelita, Wani Kayrie mendedahkan sepanjang proses penggambaran The House Musim Kelima berlangsung tidak ada skrip yang disediakan.

Menurut Wani apa yang dilihat di kaca televisyen adalah diri mereka yang asli.

"Sebenarnya semua itu 'naturally' keluar dari diri kami.

"Tidak wujud apabila berhadapan dengan kamera, sorang bising, sorang jadi 'drama queen'.

"Kami sebenarnya tidak diberitahu secara spesifik apa yang akan dilakukan malah tidak disediakan skrip.

"Jadi setiap bait kata yang keluar adalah original datang dari diri sendiri," katanya kepada Gempak.

Tambah Wani, pemilihan mereka bertiga untuk program ini adalah disebabkan karakter yang berbeza.

"Kami dipilih disebabkan karakter kami bertiga yang berbeza.

"Macam Sarah Suhairi dia seorang yang suka bercakap, kalau Sissy Imann dia manja dan banyak mulut.

"Apabila saya digabungkan dengan Sarah dan Sissy, saya tahu akan menjadi lebih seronok memandangkan kami tinggal bersama-sama di dalam satu rumah," katanya lagi.

Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan persahabatan mereka dalam program realiti The House Musim Kelima.

Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019.

The House turut disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

The House turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
#Wani Kayrie #NIVEA #The House Musim Kelima