,
The House 6

Alamak! Ezurin Marah...Bertegang Urat! Apa Yang Magie Akan Lakukan?

Asraf Aided
09/12/2020
04:57 MYT
The House yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta seorang rakan rapatnya, Magie Abang Saufi akan memasuki episod kelapan malam ini.
Program realiti yang semakin mendapat sambutan ini pastinya memaparkan lebih perkara menarik dan tidak diduga.
Dalam episod minggu ini, anda akan menyaksikan kemunculan istimewa aktres jelita, Datin Seri Maria Farida bersama seorang lagi rakan rapat Ezurin, Danielle Graham.
Ezurin akan bertemu mereka untuk sesi girls night out di kota, kemudian Magie datang secara senyap untuk memberi kejutan kepada Ezurin dan menyertai mereka berbual bersama.
Namun, situasi tegang akan berlaku kerana Magie sudah 'pecah lubang' mengenai rahsia Ezurin yang keluar dating baru-baru ini.
Ezurin tidak selesa Magie berbuat demikian dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap rakan rapatnya itu.
Apakah yang akan dilakukan oleh Magie selepas dimarahi Ezurin? Bagaimana mereka menyelesaikan pertelingkahan tersebut?
Semuanya bakal terjawab malam ini!
Lima cahaya mata Ezurin yang ditampilkan dalam program ini adalah Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ezurin Khyra Lancar Skaf, Abadikan 10 Lokasi Terindah! - "Jenama Ini Untuk Semua Orang, Bukan Nak Buat Duit Tapi..."

gempak
06/10/2022
12:40 MYT
Lawa dan mesra bajet!
Laman Utama

“You More Than Cantik Sayang” - Kamal Adli Back-Up Uqasha Bila Ada Orang Cakap Isterinya Berisi…

gempak
31/05/2022
11:50 MYT
Comel je
The House 5

“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?

gempak
11/05/2022
09:44 MYT
Gaduh pun comel ke?
the-house

Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!

gempak
27/04/2022
13:47 MYT
Sweetnya! Ada drama bergaduh tak?
Laman Utama

Hadir Bersama Tunku Yaacob Di Mahkamah Syariah, Penampilan Ezurin Khyra Dipuji - "Contoh Pasangan Yang ..."

gempak
04/03/2022
06:32 MYT
"Sad day for E"