The House 6
Duda Atau Lelaki Muda, Siapa Berjaya Tawan Hati Ezurin?
Memasuki episod ketujuh, The House yang menampilkan Ezurin Khyra sebagai tetamu utama menyaksikan bekas model ini perlu membuat keputusan untuk keluar dan cuba berkenalan dengan lelaki baharu selepas tiga tahun menjadi ibu tunggal kepada lima anak.
Mengaku pada awalnya tidak pernah terfikir untuk kembali keluar sekadar berbual atau menikmati makan malam, namun Ezurin 'menyahut' cabaran Maggie yang telah mengaturkan sebuah temu janji buatnya bersama seorang duda.
Tidak hanya menghabiskan masa berbicara dan berkenalan dengan lelaki yang mempunyai lima anak itu, Ezurin juga keluar membuat aktiviti bersama seorang lagi lelaki yang lebih muda daripadanya.
Biar Ezurin terbuka untuk keluar berkenalan dengan mereka, namun sebelum ini, Ibu Ezurin, Zelly Ariffin merasakan anaknya itu tidak bersedia untuk mempunyai pengganti sebagai pasangan hidup.
Adakah perkenalan itu berjaya mencuri hati Ezurin? Adakah beliau akan memilih salah seorang daripada lelaki tersebut atau mereka hanya akan berkawan biasa selepas ini?
Nantikan semuanya dalam episod ketujuh yang akan bersiaran seperti biasa pada pukul 9 malam, Rabu ini.
Selain menampilkan Ezurin, turut menjadi tarikan dalam The House adalah lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baiknya, Maggie.
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.