The House 6
Ezurin Guna Media Sosial Untuk Tingkatkan Kesedaran - "Bukan Untuk Tunjuk Wang Atau Beg Tangan..."
The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati bersama lima cahaya mata serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi semakin mendapat perhatian dari penonton.
Program realiti ini juga mendapat respon positif dari mereka yang sudah mengenali Ezurin di media sosial mahupun yang baru mengenalinya.
Ezurin dilihat aktif di Instagram dengan memaparkan pelbagai perkongsian menarik setiap hari. Bagi Ezurin, dia mahu menjadikan platform media sosial untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkara positif dalam kehidupan.
Manakan tidak, ibu kepada lima cahaya mata ini sering dilihat berkongsi mengenai buku doa yang sering dibacanya, malah, Ezurin juga sudah mula menghadiahkan buku-buku doa itu kepada para pengikutnya.
"Saya menggunakan platform media sosial untuk meningkatkan kesedaran, perkara ini amat penting sekali.
"Bagi saya, media sosial bukanlah tempat untuk menunjuk berapa banyak wang yang kita ada atau berapa beg tangan yang kita miliki.
"Sejak kebelakangan ini, saya kerap berkomunikasi dengan para pengikut menerusi ruangan soal jawab (Q&A) di Instagram Story, ia bertujuan untuk mendekatkan lagi saya dengan para pengikut saya," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video