The House 6

Ezurin Pentingkan Kejujuran & Kesihatan Mental Anak-Anak

gempak
Asraf Aided
10/11/2020
06:45 MYT
Sponsor Banner
Ezurin Pentingkan Kejujuran & Kesihatan Mental Anak-Anak
Personaliti The House musim keenam, Ezurin Khyra menyedari kepentingan mendidik anak untuk sentiasa bersikap jujur.
Bagi bekas peragawati ini, meskipun dia dan bekas suami sudah membawa haluan masing-masing, namun memisahkan anak-anak dari bekas suami bukanlah cara terbaik untuk mendidik mereka.
"Saya sering mengingatkan anak-anak untuk sentiasa bersikap jujur dalam kehidupan mereka, perkara itu sangat penting.
"Saya dan bekas suami mahu anak-anak gembira tanpa melihat kami bertelingkah, kita sudah lihat banyak kejadian di mana anak-anak melihat ibu bapa yang berpisah tidak gembira dan bertelingkah di hadapan mereka, kami tidak mahu begitu.
"Bagi kami, kesihatan mental anak-anak itu amat penting sekali," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
The House musim keenam menampilkan Ezurin bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.
Program realiti ini turut menampilkan teman rapat Ezurin, Magie Abang Saufi.
Dalam episod ketiga minggu lalu, Ezurin ada menegur dan menasihati Tunku Imaan mengenai adab ketika membaca doa makan. Selain itu, Ezurin juga telah bertemu seorang gadis bernama Alya yang juga merupakan peminatnya, sudah pasti banyak kejutan dan perkara menarik menanti anda dalam episod keempat esok!
Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Jika anda terlepas menyaksikan episod minggu lalu, jangan risau, saksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja dengan penstriman di Astro Go pada bila-bila masa sahaja.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live