The House 6

Lynn Ajak Tunai Umrah, Ezurin Akur Usia Meningkat & Macam-Macam Lagi! Ini Recap The House Episod Kelima Malam Tadi...

gempak
Asraf Aided
19/11/2020
08:12 MYT
Sponsor Banner
Lynn Ajak Tunai Umrah, Ezurin Akur Usia Meningkat & Macam-Macam Lagi! Ini Recap The House Episod Kelima Malam Tadi...
The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra telah memasuki episod kelima malam tadi.
Semakin lama, semakin banyak perkara menarik yang berlaku dalam program realiti yang semakin mendapat sambutan hangat ini.
Kepada anda yang terlepas atau tidak sempat untuk menyaksikan episod malam tadi, jangan risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan menerusi penstriman di Astro Go pada bila-bila masa.
Di sini, Gempak imbas kembali lima momen menarik dalam The House episod kelima.
1. Ezurin Makan Mangga Tepi Sungai Bersama Rakan-Rakan
Ezurin dan tiga rakan baiknya, Magie Abang Saufi, Sharifah Haslinda (Lynn) dan Anna Ayuda makan mangga bersama sos colek di tepi sungai sambil berbual tentang hala tuju dalam kehidupan Ezurin. Lynn dan Anna mencadangkan Ezurin mencari pengganti sebagai teman hidupnya, namun bagi Ezurin, ia tidak semudah itu.
2. Ezurin Dedah Perancangan Mahu Ke Mekah Bersama Lynn
Ezurin mendedahkan Lynn ada mengajaknya untuk menjalani ibadah umrah di Mekah bersama-sama. Menurut Lynn, dia mahu mendoakan Ezurin bertemu jodoh yang baik suatu hari nanti.
3. Ezurin Berbakat Melukis Rekaan Pakaian
Dalam episod kali ini, anda akan melihat babak Ezurin melukis rekaan pakaian secara dekat. Ibu kepada lima cahaya mata ini mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi pakaian jenamanya sendiri.
4. Idea & Rekaan Pakaian Ezurin Dapat Respon Positif
Dua rakan baik Ezurin yang juga figura berpengaruh dalam bidang fesyen iaitu Datuk Seri Shah Rezza dan Datuk Tom Abang Saufi memberi pandangan positif terhadap ideanya menghasilkan koleksi pakaian jenama sendiri. Keduanya memberikan sokongan dan terbuka untuk berkolaborasi bersama.
5. Ezurin Akur Tidak Boleh Melawan Usia
Di penghujung episod lima, Ezurin akur tidak boleh melawan usia. Bakal memasuki usia 50 dua tahun lagi, Ezurin sedar dia harus mengubah dirinya dan menjadi lebih tenang. Baginya, soal hati dan mensyukuri kehidupan sangat penting.
Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024