The House 6
"Saya Tak Akan Capai Apa-Apa Selagi Belum Lihat Semua Anak Saya Berjaya" - Ezurin Khyra
The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya dan seorang teman rapat, Magie Abang Saufi semakin mendapat perhatian dan respon positif dari penonton.
Seperti diketahui ramai, Ezurin sangat menyayangi dan mengutamakan lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.
Ketika Gempak bertemu Ezurin baru-baru ini, ibu kepada lima cahaya mata ini sempat berkongsi definisi sebenar 'pencapaian' dalam kehidupannya.
Menurut Ezurin, beliau berasa dirinya tidak mencapai apa-apa dalam kehidupan selagi tidak melihat kelima anaknya meraih kejayaan dalam kehidupan mereka.
"Saya tidak akan capai apa-apa dalam kehidupan selagi belum melihat kelima anak-anak saya berjaya dalam kehidupan mereka.
"Saya sangat gembira ketika mendapat berita gembira mengenai keputusan peperiksaan mereka. Saya sering ingatkan anak-anak untuk berusaha keras dan capai lebih lagi daripada apa yang telah diperoleh.
"Tidak dinafikan saya suka fesyen, itu benar, tetapi ia hanyalah satu perkara yang saya suka, bukanlah pencapaian dalam hidup saya," kata Ezurin.
Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video