,
The House 6

#TheHouse: Kamal & Uqasha Bawa Keluarga Bercuti Di Terengganu, Aktiviti Kampung Budaya Jadi Tarikan Wargamaya

Azwa Rahman
19/06/2022
05:36 MYT
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.
Untuk episod kelapan yang bersiaran pada Rabu lalu, perancangan keluarga kedua-dua pasangan ini untuk menerjah bulan madu mereka akhirnya menjadi.
Sama-sama berkumpul di sebuah villa depan laut di Kuala Terengganu, pelan Kamal dan Uqasha untuk membawa ahli keluarga mereka mendalami budaya Melayu di Kampung Budaya, Kuala Terengganu menarik perhatian ramai.
Ramai yang tidak menyangka Kampung Budaya itu sangat menarik dan padat dengan aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional, permainan, anyaman dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, usaha Kamal dan Uqasha untuk mengumpulkan keluarga mereka dalam sebuah rumah juga menerima pujian peminat.
“Banyak jugak aktiviti best best dekat Kampung Budaya tu, rumah dia pun rumah kampung kayu lawa gilaa #TheHouseKamalUqasha,” komen seorang wargamaya.
“wehh bestnya Kampung Budaya dorang pergi nii #TheHouseKamalUqasha,” ujar seorang wargamaya.
“Syoknyaa activities dorang. teringin nak try. Boleh masuk bucket list #TheHouseKamalUqasha,” kata seorang wargamaya.
“Kampung Budaya ni memang tempat wajib pergi kalau datang Terengganu!! #TheHouseKamalUqasha,” ujar seorang wargamaya.
“Weyhh sumpah best weyh, I like this kind of show that promote Malaysia tradition. #TheHouseKamalUqasha,” puji seorang wargamaya.
“Ni lah antara sebab kenapa minat sangat kat 'sweet couple"ni..@kamaladli @uqashasenrose dorang FAMILY PERSON adik beradik sepupu sepapat rapat sangat..suka tengok #TheHouseKamalUqasha,” sokong seorang wargamaya lagi.
Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.
Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

gempak
27/08/2024
01:44 MYT
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Hiburan

Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

gempak
26/08/2024
06:54 MYT
Pelakon Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.
Hiburan

Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular

gempak
25/08/2024
12:55 MYT
Laporan polis yang mendakwa seorang pelakon wanita memukul pembantu peribadi baru-baru ini, tular di laman sosial.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.