Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
The House 6

Tunku Imaan Tanya Soalan Macam Polis, Ezurin Buat Nana Panik & Banyak Lagi! Ini Recap The House Episod 9 Malam Tadi...

Asraf Aided 17/12/2020 | 05:34 MYT
The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi telah memasuki episod kesembilan malam tadi.
Tinggal satu episod sahaja lagi, sudah pasti banyak persoalan yang bermain di minda kebanyakan penonton.
Kepada anda yang terlepas menyaksikan episod malam tadi, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.
Di sini, Gempak imbas kembali lima perkara menarik yang berlaku dalam episod malam tadi.
Tunku Imaan Tanya Soalan Macam Polis!
Ketika sedang berbual dengan Amaan, Ezurin menerima panggilan telefon daripada Imaan. Dalam perbualan tersebut, Imaan bertanya banyak soalan secara bertubi-tubi tentang ibunya yang mengenali dua lelaki baru-baru ini dan bercakap kasar dengan Ezurin. Lantas, perkara itu membuatkan Ezurin tersinggung dan tak ada mood!.
Ezurin Mahu Batalkan BBQ Party
Disebabkan tersinggung dengan Imaan, Ezurin tidak mahu meneruskan rancangannya untuk mengadakan BBQ Party sebelum pulang ke rumahnya di kota. Selepas mengakhiri perbualan telefon dengan Imaan, Ezurin memberitahu dua pembantu peribadinya, Bell dan Nana untuk membatalkan parti tersebut.
Nana Panik...Bell Pula Lega!
Mendengar arahan Ezurin untuk membatalkan BBQ Party itu, Nana mula 'pening' kerana banyak perkara sudah diuruskannya termasuk makanan. Dia risau jika tiada siapa yang akan makan makanan yang sudah dibeli nanti. Pada masa yang sama, Bell pula lega kerana tidak perlu menguruskan banyak perkara termasuk senarai tetamu yang akan hadir.
Alya Dah Teruja, Tak Tahu Apa Sebenarnya Sudah Berlaku
Jiran Ezurin di Hulu Langat, Alya datang kerumahnya pada suatu malam untuk memberi sedikit makanan. Pada masa yang sama, Alya mengatakan dia sangat teruja untuk datang ke BBQ Party itu tanpa mengetahui Ezurin sebenarnya mahu membatalkannya. Ezurin pula cuba menyelindungkan sisi lain dirinya yang tidak gembira itu di hadapan Alya.
Tunku Amaan Menasihati Adiknya
Meskipun Ezurin menyuruh Amaan pergi ke rumah bapanya, namun Amaan tidak meninggalkan Hulu Langat, kemudian menghubungi Imaan. Menerusi panggilan telefon itu, Amaan menasihati Imaan untuk tidak bercakap kasar dengan ibu mereka. Bagi Amaan, anak-anak perlu menghormati pilihan ibu dalam kehidupannya.
Apakah yang akan berlaku dalam episod akhir Rabu hadapan? sama-sama kita nantikannya!
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9.00 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
#The House #Ezurin Khyra
;