The House

Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!

gempak
Azwa Rahman
27/04/2022
13:47 MYT
Sponsor Banner
Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!
Pasangan pengantin baru Kamal Adli dan Uqasha Senrose sentiasa menjadi tumpuan peminat terutamanya apabila mereka bersama.
Romantis, kelakar dan santai, dua figura popular ini menjadi bintang baru bagi program realiti The House musim terbaru!
Hasil idea asal pasukan produksi Gempak Studio, istimewanya The House musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha bersama ‘rumah bergerak’ mereka mengembara ke beberapa destinasi percutian di Malaysia untuk bulan madu.
Menurut Ketua Content Studio, Syazwan Zakariah, edisi The House kali ini menampilkan kelainan
“Kami cukup teruja untuk membawakan The House musim terbaharu ini menampil pasangan pengantin baru Kamal dan Uqasha.
“Mereka pergi roadtrip naik caravan dari KL ke Pantai Timur, jadi boleh tengok macam mana gelagat dan drama mereka berdua diaiarkan di Astro Ria.
“Tetapi di platform Gempak, kami akan kongsikan klip menarik di belakang tabir sepanjang penggambaraan berlangsung,” jelasnya.
Sebelum menonton pelbagai aksi lucu, suka, gaduh Kamal dan Uqasha, jom semak enam fakta menarik tentang mereka berdua.
1. Pasangan ini mula menyulam cinta sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad. Menurut Uqasha, mula-mula dia benci dengan Kamal. Lama-lama benci jadi rindu!
2. Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis indah tertutup di Janda Baik, Pahang.
3. Kamal tidak menyangka jodohnya bersama Uqasha kerana dia menyifatkan isterinya sebagai seorang yang manja, pemurah dan sangat cantik.
4. Uqasha mendedahkan dia berdoa di hadapan Kaabah memohon kepada Allah jika Kamal adli adalah jodoh terbaik yang telah ditentukan untuknya.
5. Pasangan tersebut mengenakan songket berona biru pada sesi memotong kek hasil ciptaan pereka Rizman Ruzaini. Busana Uqasha diinspirasikan daripada puteri asal tempat kelahirannya, Kelantan iaitu Cik Siti Wan Kembang.
6. Sebelum berbulan madu, pasangan ini pergi menunaikan umrah pertama kalinya sebagai pasangan suami isteri. Itu adalah perjalanan ibadah umrah pertama buat Kamal.
The House Kamal dan Uqasha mengisahkan pasangan ini menaiki caravan untuk ke destinasi bulan madu. Dalam perjalanan, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran dan dugaan lagi-lagi bila mereka menjemput keluarga besar untuk sertai mereka di lokasi terakhir.
Saksikan The House Kamal dan Uqasha yang akan bersiaran pada Hari Raya Ketiga, 5 Mei ini pada jam 2 petang di saluran Astro Ria (104) dan episod seterusnya pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam.
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live