Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Honeymoon Tapi Main Futsal Sampai Tengah Malam, Netizen Bengang Dengan Kamal Adli!

Azwa Rahman
10/05/2022 11:55 MYT
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Namun dalam episod kedua minggu lalu, tindakan Kamal adli yang keluar bermain futsal sehingga lupa dengan janjinya untuk membawa Uqasha makan malam romantik membuatkan netizen berang.

Berkisar mengenai tanggungjawab seorang suami kepada isteri, nampak Uqasha merajuk dengan aktiviti Kamal yang tidak menunaikan janjinya.

“Orang dah cecantik, dah siap dengan effort makeup sume, boleh pergi bawa gelanggang futsal,” komen seorang wargamaya.

“Janji ni mal, kau kena laa buat jugakk,” kata seorang wargamaya.

“Kamal Kamal Kamal, dah nak pukul 12 malam Kamal, tak kan lahhh kedai tu masih buka Kamal. Kemonnnn,” tegas seorang wargamaya.

“Logic la pukul 11pm restoran semua dah tutup uols, nak call apa lagi, sian Qasha. Kalau I pun dah hangry memang jadi she hulk laa,” sokong seorang wargamaya.

“Allahu dah sebab minat tu, sanggup futsal dulu before romantik dinner tu,” ujar seorang wargamaya.



Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
#Uqasha Senrose #Kamal Adli #The House Kamal Uqasha
;