#TMSMY4: Akui Sedikit Keliru Dengan Konsep Masked Singer, Amira Othman & Irfan Haris Tak 'Bitter' Tersingkir Minggu Kedua
Firdaus
25/12/2023 00:55 MYT
25/12/2023 00:55 MYT
Amira Othman tidak menafikan dirinya agak keliru dengan konsep pertandingan The Masked Singer Malaysia musim keempat.
Menurut Amira, dia dan adiknya menukar cara nyanyian untuk mengelirukan juri, namun strateginya itu tidak berkesan kerana vokal masih menjadi faktor utama dalam pertandingan tersebut.
"Sebenarnya saya masih keliru lagi dengan bagaimana pertandingan ini dijalankan, jadi kita memang tukar cara nyanyian, kalau dengar pun tone minggu pertama lain, minggu kedua lain.
"Kita nak mengelirukan juri tapi minggu pertama Pak Nil cakap jangan tukar-tukar sangat, sebab pada akhirnya yang nyanyi tak sedap tu nanti yang terkeluar," katanya .
Dalam pada itu, Amira Othman dan Irfan Haris ketika ditemui selepas konsert minggu kedua The Masked Singer Malaysia musim keempat, turut menyatakan program itu memberikan pengalaman bermakna buat mereka adik-beradik.
"Saya rasa ini satu pengalaman yang baru, apa pun terkeluar ke, sampai final ke, tak kisahlah, janji saya rasa saya dah enjoy perjalanan dalam Masked Singer ni," jelasnya kepada Gempak.
Sekadar info, Amira dan Irfan memperagakan maskot Cili Padi dan mendapat tangga tiga terbawah bersama peserta Putera Katak dan Pom Pom Kin.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Menurut Amira, dia dan adiknya menukar cara nyanyian untuk mengelirukan juri, namun strateginya itu tidak berkesan kerana vokal masih menjadi faktor utama dalam pertandingan tersebut.
"Sebenarnya saya masih keliru lagi dengan bagaimana pertandingan ini dijalankan, jadi kita memang tukar cara nyanyian, kalau dengar pun tone minggu pertama lain, minggu kedua lain.
"Kita nak mengelirukan juri tapi minggu pertama Pak Nil cakap jangan tukar-tukar sangat, sebab pada akhirnya yang nyanyi tak sedap tu nanti yang terkeluar," katanya .
Dalam pada itu, Amira Othman dan Irfan Haris ketika ditemui selepas konsert minggu kedua The Masked Singer Malaysia musim keempat, turut menyatakan program itu memberikan pengalaman bermakna buat mereka adik-beradik.
"Saya rasa ini satu pengalaman yang baru, apa pun terkeluar ke, sampai final ke, tak kisahlah, janji saya rasa saya dah enjoy perjalanan dalam Masked Singer ni," jelasnya kepada Gempak.
Sekadar info, Amira dan Irfan memperagakan maskot Cili Padi dan mendapat tangga tiga terbawah bersama peserta Putera Katak dan Pom Pom Kin.
BERITA TRENDING: #TMSMY4: Semua Tekaan Juri Salah! Pasangan Cili Padi Rupa-Rupanya…
Minggu hadapan bakal menyaksikan 12 lagi maskot berentap dalam TMSM4.Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.