Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Amelina Akui Tersilap Strategi, Tone Suara Beri Clue Identiti Pom Pom Kin

Muhammad Firdaus
15/01/2024 01:55 MYT
Amelina tidak menafikan dirinya tersingkir kerana tersilap strategi untuk minggu kelima The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Menurut Amelina, gaya nyanyian yang digunakan semasa membawa lagu Anta Permana oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza menyerlahkan lagi identiti suaranya yang menjadi salah satu faktor juri dapat meneka selebriti di sebalik maskot Pom Pom Kin.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Identiti Pom Pom Kin Didedahkan, Selebriti Di Sebalik Maskot Rupa-Rupanya…

“Minggu kelima tak boleh selamat sebab lagu Tokti, lagu-lagu tu semua ton orang-orang lama, jadi lagu Anta Permana mungkinlah ada masa tarik dekat situ nampak,” katanya.

Amelina ditemui selepas konsert minggu kelima The Masked Singer Malaysia musim keempat turut mengaku sedikit keliru dengan cara penilaian program berkenaan.

“Kak Long sendiri pun tak tahu Masked Singer ni dia macam mana, kalau nyanyi sedap nanti ‘kantoi’, kalau nyanyi tak sedap markah pula rendah,” jelasnya kepada Gempak.

Sekadar info, Amelina memperagakan kostum Pom Pom Kin telah mendapat tangga ketiga terbawah bersama dengan peserta Mat Helang dan Abang Jagung.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 9 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Amelina #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4 #Pom Pom Kin