Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Angah Je Teka Salah… Abang Jagung Rupanya Azan Ruffedge!

Firdaus
21/01/2024 16:34 MYT
The Masked Singer musim ke-4 minggu keenam menyaksikan peserta Abang Jagung tersingkir.

Membawa lagu, Harus Terpisah oleh Cakra Khan, maskot Abang Jagung tersingkir sekali gus mendedahkan identiti selebriti disebalik maskot iaitu Azan Ruffedge.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka selebriti di sebalik maskot adalah Azan Ruffedge kecuali Angah yang memberi tekaan berbeza iaitu, Jatt Ali.

BERITA TRENDING: TMSMY4 (RECAP): Zizan Jadi Datuk K, Michael Ang Jadi Pak Ngah! Ini Sebab Mereka Pilih Dua Watak Ikonik Ni

Selain itu, peserta Musang dan Bawang Putih turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu keenam.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 8 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Bawang Putih.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Azan Ruffedge #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4