Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Juri Teka Betul Kecuali Angah! Identiti Di Sebalik Maskot Bawang Putih Rupa-Rupanya…

Firdaus
28/01/2024 17:46 MYT
The Masked Singer Musim Ke-4 minggu ketujuh menyaksikan peserta Bawang Putih tersingkir.

Membawakan lagu, Flashlight oleh Jessie J, maskot Bawang Putih tersingkir sekali gus mendedahkan identiti selebriti di sebalik maskot iaitu Noki K-Clique.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Tersingkir Minggu Keenam, Azan Ruffedge Akui Pertandingan The Masked Singer Malaysia…

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka selebriti di sebalik maskot adalah Noki kecuali Angah yang memberi tekaan berbeza iaitu, Safee Sali.

Selain itu, peserta Teratai dan Biskut Aiskrim turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu ketujuh.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 7 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim dan Musang.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#K-Clique #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Noki #TMSMY4