Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY4: Markah Penuh Konsert Minggu Kedua! Peserta Duo Cili Padi Tersingkir, Pom Pom Kin & Putera Katak Kedua Terselamat

Muhammad Firdaus
24/12/2023 22:55 MYT
Membawakan lagu Feeling Good oleh Michael Buble, Roti John berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 74.71%.

Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Bunga Matahari dengan markah keseluruhan 74.57%.

Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Putera Katak dan Pom Pom Kin dengan markah masing-masing 61.25% dan 67.22%.

BERITA TRENDING: #TMSMY4: Semua Tekaan Juri Salah! Pasangan Cili Padi Rupa-Rupanya…

Malangnya, maskot Cili Padi tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 59.44% sekaligus mendedahkan identiti pasangan duo di dalam kostum, Amira Othman dan Irfan Haris.



Minggu hadapan bakal menyaksikan 12 lagi maskot berentap dalam TMSM4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#The Masked Singer #TMSMY4 #The Masked Singer Malaysia 4