Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Markah Penuh Konsert Minggu Ketiga! Putera Katak Tersingkir, Pom Pom Kin & Ikan Emas Pula Lega Terselamat

Firdaus
31/12/2023 22:55 MYT
Membawakan lagu Bila Cinta oleh GiO, Bunga Matahari berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 73.79%.

Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Sang Kancil dengan markah keseluruhan 71.87%.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Tekaan Sherry & Michael Ang Tepat! Putera Katak Rupanya Rashidi Ishak

Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Ikan Emas dan Pom Pom Kin dengan markah masing-masing 64.59% dan 63.43%.

Malangnya, maskot Putera Katak tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 56.98% sekaligus mendedahkan identiti selebriti di dalam kostum, Rashidi Ishak.



Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#Markah #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4