Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Markah Penuh Konsert Minggu Ketujuh! Teratai & Biskut Aiskrim Terselamat, Bawang Putih Berputih Mata Tersingkir

Muhammad Firdaus
29/01/2024 01:59 MYT
Membawakan lagu oleh Hanya Di Mercu oleh Ayu Damit, Bunga Matahari sekali lagi berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 79.86%.

Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Musang dengan markah keseluruhan 71.59%.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Juri Teka Betul Kecuali Angah! Identiti Di Sebalik Maskot Bawang Putih Rupa-Rupanya…

Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Biskut Aiskrim dan Teratai dengan markah masing-masing 68.71% dan 66.40%.

Malangnya, maskot Bawang Putih tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 48.37% sekaligus mendedahkan identiti selebriti di dalam kostum, Noki K-Clique.



Minggu hadapan bakal menyaksikan 7 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim dan Musang.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Noki #TMSMY4