Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

Muhammad Firdaus
20/02/2024 04:55 MYT
Pelawak Namie, tidak menyangka dirinya berjaya meraih tempat kedua dalam The Masked Singer Malaysia Musim Keempat.

Menurut Namie, dia berasa berpuas hati dengan pencapaian berkenaan memandangkan kariernya dalam bidang hiburan bermula sebagai pelawak dan bukannya penyanyi.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah…

“Satu title yang saya tak jangka pada mulanya, sebab perjalanan Mat Helang tu sendiri sangat berliku.

“Bila saya dapat merasa duduk di bottom three tiga kali lepas tu terus mencanak pergi final, naib juara. Cukuplah, saya bukan penyanyi profesional, saya seorang pelawak,” katanya.

Sekadar info, Namie yang menyarung maskot Mat Helang telah memperolehi markah sebanyak 75.77% sekaligus menjadikannya naib juara untuk musim keempat The Masked Singer Malaysia.

Juara dinobatkan kepada maskot Bunga Matahari (Stacy), manakala tempat ketiga jatuh kepada Sang Kancil (Danial Zaini).

Sementara itu, tempat keempat pula menjadi milik Biskut Aiskrim (Adinda) dan kelima Teratai (Nabila Razali).

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Elly Mazlein, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Namie #TMSMY4 #Mat Helang