Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Netizen Approve 'Siti Nurhaliza' Versi Nabila Huda, Kak Lina Pom Pom & Che Ta! - "Semua Zaman Dorang Sapu"

Amri Hassan
14/01/2024 14:53 MYT
Bertemakan Malam Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain daripada setiap peserta The Masked Singer Malaysia musim keempat menyanyikan lagu mustika hati negara, juri-juri juga mencuri tumpuan netizen.

Mana tidaknya, masing-masing menjelmakan semula Siti Nurhaliza dalam pelbagai zaman dan versi.

Rozita Che Wan misalnya tampil dengan persalinan Puteri Perak serba kuning mirip busana Siti Nurhaliza ketika menjayakan konsert Siti Nurhaliza On Tour beberapa tahun lalu.

Manakala Elly Mazlein atau turut dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom tampil sebagai Siti Nurhaliza ketika majlis resepsi beliau di Kuala Lumpur Convention Centre sekitar tahun 2006.

Selain meniru suara beliau, KLPP kerapa menyanyikan semula lagu Cahaya Cinta yang dinyanyikan Siti Nurhaliza ketika majlis resepsi beliau.

"Walaupun Kak Lina mungkin creat look Wedding of the Year 2006, dia boleh jadi look MV Gelora Asmara juga," komen @arfdy12.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Manakala Nabila Huda atau Abil tampil dengan gaya separa turban, menyamai era sebelum Siti Nurhaliza berhijab penuh. Bak kat Abil; "tema Siti Nurhaliza baru nak istiqamah."

"Abil memang tahu taste zoners! Turban era is 'chef kiss'. Tapi tengok lama-lama macam performance Siti Nurhaliza kat Anugerah Skrin pun ada," komen seorang pengguna di platform X.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Erra Fazira pula menjelmakan busana tradisional ketika Siti Nurhaliza menjayakan Siti Nurhaliza On Tour.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sherry pula tampil sebagai watak Siti Nurhaliza dalam muzik video Debaran Cinta.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TMSMY4 episod lima menyaksikan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza dinyanyikan peserta yang bertanding antaranya Ku Milikmu, Dialah Di Hati, Cindai, Ku Mahu, Purnama Merindu dan Jerat Percintaan.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung. Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang. Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini. TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat. TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur. TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107). Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box. Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga. Tertakluk pada terma dan syarat. WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#Che Ta #Nabila Huda #Sherry Alhadad #Siti Nurhaliza #Kak Lina Pom Pom #Turban #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4