Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Ragam Lucu, Pelat & Hyperaktif, Lima Maskot Musim Ketiga Ini Paling Diingati Netizen

Mya Amri
19/12/2023 15:55 MYT
The Masked Singer musim ke-4 (TMSMY4) telah pun membuka tirai minggu lalu dan menyaksikan penyingkiran penyanyi, Soo Wincci yang merupakan individu di sebalik kostum Kak Cat.

Bercakap mengenai kostum, sudah pasti ada penonton yang masih mengingati kostum ikonik pada musim ketiga program berkenaan.

Ragam, gelagat, cara nyanyian para bintang dan tekaan juri pada musim lalu juga memainkan peranan untuk membuatkan netizen teringat momen yang berlaku di The Masked Singer 3.

Di sini kami kongsikan lima kostum yang sering menjadi perhatian musim lalu.

1. BETA FISH - AYDA JEBAT

Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat merupakan juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Sebelum ini Betta Fish menjadi trending kerana membuatkan pelawak dan juri TMSM3 iaitu Shuib sebak selepas menyampaikan lagu arwah isteri kesayangannya, Siti Sarah Raissuddin.

PILIHAN PEMBACA: Betta Fish Nombor Syatu! Ayda Jebat Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 3

Tidak hanya Shuib, persembahan dibawakan oleh maskot Beta Fish yang menyanyikan lagu berjudul Saat Hilang Cintamu itu membuatkan juri lain juga turut berasa sedih.

Sebaik sahaja selepas melakukan tugasnya, Beta Fish menerima komen daripada juri iaitu Misha Omar yang mengucapkan terima kasih kerana menyampai lagu sahabatnya.

BERITA TRENDING: #TMSMY3 [VIDEO] Shuib Sebak Beta Fish Bawa Lagu Siti Sarah, Misha Komen “Terima Kasih Nyanyikan Lagu Sahabat Saya…”

2. MR PARROT - AJAI

Ajai merupakan antara individu paling tidak disangka oleh netizen yang berada dalam kostum Mr Parrot.

Rata-ratanya menyatakan rasa tidak percaya bahawa Ajai yang juga merupakan juri Big Stage 3 menyertai TMSMY3.

Malah Ajai juga menjadi trending kerana netizen mengatakan sebutan penyanyi itu tidak pelat S ketika menyanyi.

BERITA TRENDING: TMSMY3: “Wow, It’s Him! Tak Ada Pun Pelat S!” - Ajai Rupanya Mr Parrot! Tak Sangka Juri Big Stage Masuk Masked Singer

3. PIZA PANAS - HAN BYUL

Han Byul yang memakai maskot Piza Panas dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga TMSMY3.

Disebabkan ketinggiaannya, Piza Panas merupakan antara maskot yang menjadi bualan hangat netizen untuk meneka siapa individu di sebaliknya.

Antara nama yang pernah disebut netizen adalah Aiman Hakim dan Tomok.

BERITA TRENDING: [VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

4. BERTIH JAGUNG - ZIZI KIRANA

Selama sembilan minggu bertahan di pentas TMSMY3, Bertih Jagung atau penyanyi Zizi Kirana merupakan antara maskot kegemaran juri dan juga netizen.

Setiap minggu, Bertih Jagung pasti memberikan saingan hebat kerana kemantapan vokal nyanyiannya yang begitu hebat.

BERITA TRENDING: TMSMY3: Bertih Jagung Memang Zizi Kirana! Alamak Netizen Rupanya Dah Jangka Tersingkir - “Ala Suara Out Sikit”

5. ZIRAFAH - NORMAN HAKIM

Siapa sangka rupanya pelakon, Norman Hakim merupakan figura di sebalik kostum Zirafah.

Selama enam minggu The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), nama Norman jarang dipetik netizen dan sekaligus penyingkirannya serta pendedahan maskot itu benar-benar membuatkan ramai yang terkejut.

Malah nama-nama yang menjadi tekaan netizen pula lebih kepada Yonnyboii, Ajak Shiro, Fattah Amin dan juga Izzue Islam.

BERITA TRENDING: TMSMY3: Tekaan Kak Lina Power! Tak Sangka Zirafah Rupanya Norman Hakim!

Jadi bagaimana pula untuk tahun ini?

Siapakah maskot kegemaran anda untuk TMSMY4 pula?

PILIHAN PEMBACA: #TMSMY4: Tekaan Angah & Nabila Huda Mengena! Kak Cat Rupa-Rupanya Soo Wincci

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

Jangan lupa saksikan TMSMY4 yang bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

#maskot #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY3 #The Masked Singer Malaysia 4 #TMSMY4