Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY4: Semua Tekaan Juri Salah! Pasangan Cili Padi Rupa-Rupanya…

Firdaus
24/12/2023 16:36 MYT
The Masked Singer musim ke-4 minggu kedua menyaksikan peserta duo, Cili Padi tersingkir.

Membawakan lagu, Pening oleh Ezlynn, maskot Cili Padi tersingkir sekali gus mendedahkan identiti mereka iaitu Amira Othman dan adik lelakinya Irfan Haris.

Sebelum topeng dibuka, para juri mempunyai tekaan sama iaitu Khai dan Rosma kecuali Nabila Huda yang meneka Dhabitah dan Khai.

Selain itu, peserta Pom Pom Kin dan Putera Katak turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu kedua.

BERITA TRENDING: #TMSMY4: "Saya Lega Selepas Tersingkir" - Soo Wincci Akui Stress Nak Kelirukan Juri

Minggu hadapan bakal menyaksikan 12 lagi maskot berentap dalam TMSM4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4