Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Tersingkir Minggu Keenam, Azan Ruffedge Akui Pertandingan The Masked Singer Malaysia Sangat Mencabar

Firdaus
22/01/2024 11:55 MYT
Penyanyi Azan Ruffedge mengakui pertandingan The Masked Singer Malaysia musim keempat merupakan salah satu pengalaman mencabar dalam kariernya dalam bidang seni.

Menurut Azan, setiap persembahan yang dilakukan penuh dengan cabaran lebih-lebih lagi apabila pergerakan tariannya menjadi terhad dia menyarungkan maskot Abang Jagung.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Angah Je Teka Salah… Abang Jagung Rupanya Azan Ruffedge!

“Satu perkara yang mencabarlah, saya rasa macam betul-betul kurang senaman kaki, sebab bahagian atas tak boleh nak buat apa.

“Selalu kita menari kita akan guna bahu, pinggang, kali ni bahu, pinggang takde, kita punya markah dekat kaki, jadi kaki jelah nak buat apa-apa pergerakan,” katanya kepada Gempak.

Sekadar info, Azan Ruffedge memperagakan maskot Abang Jagung dan mendapat tangga ketiga terbawah bersama-sama dengan peserta Musang dan Bawang Putih.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 8 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, dan Bawang Putih.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Azan Ruffedge #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4