Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: “Tiada Strategi, Ini Game Suka-Suka” - Yusry Tak Kisah Tersingkir, Akui Terharu Suara Masih Dikenali Ramai

Firdaus
05/02/2024 07:55 MYT
Datuk Yusry Abdul Halim mengakui tidak memasang sebarang strategi nyanyian menerusi penglibatannya untuk program The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Tersingkir di minggu kelapan, Yusry menyatakan bahawa dirinya tidak mengambil pertandingan itu terlalu serius kerana penyertaannya dalam program tersebut dianggap sekadar ‘suka-suka’.

“Tiada strategi, ini game suka-suka kot, saya tak fikir sangat. Sebenarnya ada beberapa minggu tu saya rasa macam mungkin nak keluarkan suara saya sedikit,” katanya.

BERITA TRENDING: TMSMY4 : Semua Tekaan Juri Tepat! Musang Rupa-Rupanya Datuk Yusry

Dalam pada itu, Yusry tidak menafikan dirinya berasa terharu apabila ada segelintir pihak yang masih mampu mengenali suaranya walaupun telah bersara dalam bidang nyanyian sejak tahun 2018.

“Bila mereka dapat teka dengan betul, sebenarnya saya rasa terharu.

“Sebab saya sejak 2018, saya tak nyanyi satu nota pun, saya dah bersara habis daripada bidang nyanyian dan saya terus focus dalam bidang pengarahan,” kongsinya.

Sekadar info, Yusry yang mengenakan maskot Musang telah mendapat tangga ketiga terbawah bersama-sama peserta Mat Helang dan Teratai.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 6 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari dan Biskut Aiskrim.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Yusry #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4 #Datuk Yusry #Musang