"Bukan Pencuri Tapi Manusia Pakai Masks"- Nabila Huda Tampil Beri Penjelasan
Zulaikha Yusof
13/08/2020 10:22 MYT
13/08/2020 10:22 MYT
Aktres Nabila Huda, 36, tampil memberi penjelasan dengan menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas insiden rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan.
BACA: Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak - "Saya Takut Gila ..."
Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia seorang yang paranoid terutamanya ketika berseorangan di rumah.
"Saya tahu semua orang risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi dekat saya. Secara jujurnya, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya.
"Saya dalam keadaan sihat. Saya memang takut duduk rumah sorang-sorang.
"Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya macam nampak kelibat orang dekat balkoni.
"Saya tak tahu itu orang ke apa tapi dia pakai masks (topeng muka). Tak ada pencuri atau orang cuba nak bunuh atau pun perompak. Itu sahaja.
"Korang kena fahan saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang.
"Contohnya luka dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena kerat," katanya menerusi Instagram Stories.
Sementara itu, pelakon utama drama Kamar Kamariah ini mempersoalkan siapa individu yang memakai masks yang dilihat pada malam itu.
"Untuk semua kawan saya, saya baik saja. Yang jadi persoalan siapa orang atau manusia yang saya nampak pakai masks," katanya lagi.