“Pening Jugak La Nak Jawab, Sampai Polis Roadblock PKP Pun Soal Aku…” – Adlin Aman Ramlie Kena Tempias ‘Orang Utan’
Fiza Kamarudin
08/11/2020 02:35 MYT
08/11/2020 02:35 MYT
Pelakon Adlin Aman Ramlie mengakui turut terkena tempias Orang Utan apabila namanya turut menjadi sebutan dalam program realiti The Masked Singer Malaysia (TMSM).
Adlin menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya malam tadi, turut memuat naik video Orang Utan selepas didedahkan identitinya di pentas final TMSM.
Bagaimanapun kaspyen ditulis Adlin yang juga biras kepada hos program TMSM, Datuk AC Mizal itu mencuit hati pengikut apabila mengakui dia turut terlibat ‘menipu’ AC.
Siapa sangka AC sebenarnya dalam diam turut menyangka Orang Utan adalah Adlin kerana dalam diam dia meminta isterinya Emilia bertanya kepada Emelda tentang pergerakan birasnya itu.
“Sorry bro aku terpaksa berlakon dengan kau buat kau confused. Berminggu minggu pulak tu, sampai kau suruh Emy check kat Mel aku kat mana.
“Terima kasih jugak untuk semua yang guess, agak pening jugak la nak jawab. Sampai polis roadblock PKP pun soal aku. Terima kasih sekali lagi, sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. sebenarnya suara aku lagi power,” tulisnya disertakan emoji ketawa.
Menerusi hantaran sama, Adlin turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta TMSM termasuk hos, AC.
Adlin juga mengakui terhibur dan suka dengan program realiti adaptasi dari Korea Selatan itu.
“Apa pun tahniah kepada semua peserta. I really enjoyed the show. Tahniah @dacdatoac tak pernah tak power.
“Akhir kata, abang bukan Orang Utan dik…,” katanya.